Friday, August 7, 2009

RAHSIA TERBONGKAR. FORMULA MENUMPASKAN PAS & PR. USUL BUAT PERDANA MENTERI

Dakwaan-Dakwaan PAS.
PAS mendakwa mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam. PAS mendakwa segala objektif dan matlamat adalah bertujuan untuk mendaulatkan Quran dan Sunnah. PAS juga mendakwa mereka adalah suatu golongan yang menjalankan usaha menegakkan makruf dan menentang mungkar.

PAS kemudian mendakwa bahawa pemerintahan yang sedia telah gagal teruk dalam melaksanakan apa yang PAS perjuangan supaya dilaksanakan. PAS mendakwa bahawa kesan kegagalan itu kini amat buruk dan sangat tidak diredai oleh Allah dan Rasul-Nya.

PAS kemudiannya mendakwa bahawa mereka bukan sekadar bercakap tapi telah berusaha melaksanakan dan membuktikan apa yang diperjuangkan. PAS mendakwa atas usaha bersungguh dan ikhlas, dengan izin Allah, sokongan rakyat semakin bertambah.

Dakwaan-dakwaan bukti kesungguhan PAS termasuklah apabila kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya melaksanakan Islam dalam bidangkuasa dan kemampuannya. Sebilangan ramai ahli PAS yang berjiwa syuhada telah sanggup merisikokan keselamatan diri demi protes kepada AKTA ISA yang mereka percayai zalim dan bertentangan dengan Islam. Toleransi dan keadilan PAS dalam urusan dunia telah membuka ruang kesedaran luas orang-orang belum Islam kepada wajah keindahan Islam sebenar. Namun dalam perjuangan hukum Allah, PAS tetap konsisten. Yang terkini, Dr Hassan Ali yang kita yakini berjiwa bersih dan bijak mendesak pengharaman penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti umat Islam di Selangor. Banyak lagi contoh yang didakwa PAS.

Kerana ketulusan dan kesungguhan diringi doa dan air mata pengorbanan, syukur Allah izinkan, PAS semakin dipercayai dan disayangi (dikira setakat ini). Gelodak nafsu dan seribu macam pandangan dan tindakan berpolitik oleh pelbagai golongan ahli PAS dan penyokong PAS dari latabelakang berbeza dan bermacam ragam sentiasa dipantau dan dibimbing dengan pimpinan Ulama. Macammna bertegang uratpun mereka akhirnya akur kepada keputusan pimpinan ulama. Gabungan professional dan ulama yang hubbul Akhirat (cintakan akhirat) dan tidak gilakan harta, wang dan perempuan menyebabkan pemimpin2nya sukar digugat walaupun bertahan dengan 1 kerusi. Begitulah dakwaan PAS.

PAS mendakwa bahawa mereka kini dilihat sebagai pengganti UMNO sebagai wakil melayu dan umat Islam untuk memerintah bersama PR. Usaha Pas mendaulatkan Islam membuka mata umat Islam dan melayu bahawa PAS tulus membawa mereka kearah kehidupan diredai Allah, untuk kebahagian dunia dan akhirat. PAS membuktikan bahawa jika umat Islam kuat jiwanya, mereka, akan insya Allah berterusan memimpin dan memerintah. Untuk bukan atau yang belum Islam, PAS dilihat sebagai rakan yang adil dan jujur yang telah dibuktikan. PAS telah menyebabkan mereka melihat Islam pada wajah suci yang sebenarnya. Tak mengapa untuk PAS mengetuai pemerintah Negara ini, kerana ia lebih adil. Ustaz yang berjanggut dan berserban seperti Tuan Guru Nik Aziz dilihat sebagai Idola semua kaum.

Benarkah Dakwaan-Dakwaan PAS tersebut di atas ?
Apakah jawapan rakyat kepada dakwaan-dakwaan PAS? Banyak mendakwa bahawa rakyat dilihat telah menerima dakwaan-dakwaan Pas itu dan tidak sabar menantikan pilihanraya ke-13 bagi membenarkan dakwaan-dakwaan itu.

Adakah pemerintah tahu perkara ini? Kalau tahu, baguslah. Bak kata kakak kepada upin dan ipin, “tahu, takpa”.

Formula Menumpaskan PAS
Justeru, (jika benarkan dakwaan banyak orang tersebut di atas) tentulah kedudukan sekarang ini amat merisaukan pemerintah sedia ada khususnya pemimpin Parti UMNO dan perdana menteri. Perdana Menteri perlu melakukan sesuatu. Sesuatu perlu dilakukan untuk membendung pengaruh PAS dan PR atau jika dapat membenamkan terus buat selama-lamanya peranan dan kekuatan PAS.

Ya mungkin terdapat beberapa pilihan. Bersandarkan kisah-kisah benar sejarah dunia, Pilihan yang lazim diambil oleh kebanyakan negara lain khususnya pemerintah diktator atau ala diktator ialah pilihan untuk bertindak secara keras dan kasar yang menakutkan dan menyakitkan, serta halus dan helah yang memperdayakan dan mengelirukan. (Seperti campurtangan dalam kehakiman, pindaaan perundangan, agensi kuatkuasa kerajaan seperti polis, agen pilihanraya, suruhanjaya rasuah, dakwaan2 selektif, penahanan tanpa bicara, tipu daya media, tekanan kewangan dll).

Pilihan ini tidak lagi relevan dalam era ledakan maklumat tanpa sempadan, zaman ini. Ia juga tidak sesuai apabila kesedaran umat Islam semakin tinggi --- mungkinkah sudah dekat sampainya janji-janji Allah untuk Islam bersinar semula menguasai dunia. Jika begitu dipercayai, janganlah jadi supahak-sufahak yang cuba menentang. Pilihan ini akan memberi kesan yang ‘back fire’ atau kesan buruk kepada yang melakukannya, jika tidak didunia pasti diakhirat.

Hanya satu formula dan pilihan yang terbaik, pada perkiraan saya untuk dicadangkan kepada PM. Masih ada kesempatan dan masa. Formulanya ialah:- Menjadikan PAS tidak lagi relevan dengan mengambil alih peranan dan fungsinya. Ambil alih perjuangan PAS secara tulus dan bersungguh. Ia lebih senang pada pihak yang sedia ada berkuasa dan memegang kuasa. Jalankan dakwah kefahaman Islam yang sebenar dan suci murni kepada umat belum Islam. Daulatkan perundangan islam, pinda jangan tak pinda, mana yang perlu. Letakkan mahkamah syariah kepada yang selayak baginya dengan khususnya tidak lagi mengambil pendapatan daripada penzina. Ekonomi Negara dibebaskan dari riba, judi, arak (kecuali sekadar alternatif untuk bukan Islam) dan rasuah sekarang ini. Kawalan kepadaa hiburan melampau. Kawalan arak, judi, masalah remaja …banyak sangat. Semuanya boleh diselesaikan secara Islam. Layanan kepada rakyat diutamakan ikut kemiskinan semua bangsa, pastikan tiada penimbun kekayaan melampau, agihan projek yang adil dan lagi dan lagi dan lagi.

Betul, untuk merealisasikan semua di atas, bukanlah mudah. Ia perlukan keikhlasan, kesungguhan, kebijaksanaan, pengorbanan dan ketahanan. Yalah cakap senang. Buat bukan mudah, berapa banyak dah slogan-slogan kerajaan sebelum ini yang islamik. Kata orang, satu pun tak jalan. Hampeh.

Justeru, nak realisasikan semua di atas, perlukan jiwa-jiwa yang (dipercayai) beriman, berilmu dan beramal soleh. Hati-hati yang tidak dipesonakan dengan wang, harta dan seks (haram).

Bahkan, penyusunan semula pimpinan-pimpinan berjawatan menteri, timbalan menteri dan sebagainya dirasakan perlu. Penukaran besar-besaran lebih baik untuk memberi tanggapan baik yg menyeluruh kepada seluruh rakyat.

Mungkin ada dakwaan mengatakan bahawa sukar nak cari orang-orang (baik) begitu dalam parti pemerintah dek kerana timbul banyaknya isu seperti politik wang, rumah macam istana, dan lain-lain kisah tidak cantik yang membayangi ramai dari kalangan mereka.

Dalam pada itu, mungkin ada pula dakwaan bahawa jiwa-jiwa yang baik ini mudah dicari dalam parti PAS yang bijak urusan dunia dan arif kepentingan akhirat. Tapi ia mungkin suatu keputusan yang berat untuk dilaksanakan oleh PM. Malulah.

Justeru apakata tuan-tuan semua, kalau nama-nama di bawah ini, kita usulkan untuk memenuhi jawatan-jawatan besar dalam pentabiran Negara, sudah tentu, dengan persetujuan PM (dan persetujuan mereka). Dan sudah tentu; tertakluk kepada perubahan.


Cadangan Contoh Calon-calon
1 Dr Asri- Kementerian Dakwah & Dalam Negeri
2 Dr Zahazan -Kementerian Penerangan
3 Ust Zaharuddin -Kementerian Kewangan
4 Kapten Hafiz -Kementerian Luar Negara
5 Dr Danial -Kementerian Kesihatan
6 Prof Kamil -Kementerian Pelajaran
7 Faisal Tehrani & Malek Noor-Kementerian Hal Ehwal Orang Muda, hiburan dan Sukan
8 Zainul Rijal Kementerian Perundangan
9 Lain-lain cadangan

Ramai yakini, mereka ini sama ada dari kalangan kumpulan pro tajdid ataupun lainnya, telah menyerlahkan idea-dea mereka yang bijaksana dari minda berkefahaman agama yang tinggi. Rakyat dari golongan muda ramai yang mengenali mereka. Tulisan dan kata-kata mereka yang hebat menjadi bacaan dan rujukan. Pandangan-pandangan dan Idea-idea mereka mengenai Islam yang syumul sangat dirindui untuk disaksikan secara realiti.

Berikankan mereka kuasa untuk menentukan bagaimana idea-idea daripada ilmu mereka direalisasikan dalam negara tercinta ini. Berikanlah kebebasan dan kekuatan mencukupi bagi melakukannya.

Sebenar jika diberi faham, tiada mana-mana (kecuali sedikit) daripada umat Islam daripada mana-mana parti yang akan menentang undang-undang Allah dan sistem Islam yang syumul. Ia adil dan adil. Kekayaan dikongsi. Ekonomi baik, makan cukup, pakai cantik. Maksiat dibanteras. Keluarga bahagia. Takda seks bebas. Yang nafsu kuat, kahwinlah sampai empat. Hiburan yang dibenarkan. Sukan menepati syariat Islam. Anak-anak terjaga. Dunia senang, akhirat bahagia. Siapa yang taknak. Hatta orang Islam yang minum arak, main judi, kaki perempuan pun tak berani tentang jika kerajaan laksanakan- kalau buatpun sembunyi-sembunyi. Polis pun tak beban sangat kerjanya. Duit kerajaan dan petronas yang banyak boleh bagi gaji lebih dan kemudahan baik.

Bila rakyat terbela, agama didaulat, Untuk PM dan barisan pimpinan, tiada masalah berpendapatan yang besar dan lumayan. (benar-benar besar). Biarlah sesiapa nak kaya, banyak duit, asal betul caranya.

Jika semua ini benar-benar dilaksanakan dan berjaya…., mungkin PAS tidak lagi diperlukan. PAS mungkin tidak lagi relevan. PAS telah ditumpaskan.

http://abu-dubeis.blogspot.com

0 Komen:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP