Tuesday, November 17, 2009

Bahtera Dr Asri akan tenggelam atau ... (Part 1)

Yang Mana Satu. Bahtera Dr Asri akan tenggelam dalam badai ribut taufan yang melanda atau akan megah bertahan sehingga dinaiki sekian ramai manusia yang dahagakan perubahan....   

 
Kes Dr Asri akan disebut esok. Kata Malaysiakini, pengikut Dr Asri akan memberi sokongan. Sumber tak rasmi pula ada mengatakan pendakwaan akan diteruskan. Maknanya bahang kehangatan akan terus terasa...
 
Marilah kita menilai sedikit dari sudut teori keadilan mudah supaya yang menyokong (Dr Asri) biar dengan kefahaman jangan nanti sokongan membawa rebah.... manakala yang tidak menyokong biar juga dengan kefahaman supaya tak berada di pihak yang cenderiung kepada yang salah.
 
 
Isu takda Tauliah.
 Kalau kerana takda tauliah dalam bentuk sjil/surat /dokumen bertulis, nampaknya,   tanpa khilaf teknikel, sabitan patutnya tidak sukar. Seperti kes cerai diluar mahkamah, atau kahwin poligami tanpa perintah kehenaran mahkamah. Ianya kes yang nak lawan benda... ngaku salah, jelah. t

Tapi ya ada perbezaan dalam kes Dr Asri,, erana ada ruang pengecualian kepada tauliah dalam peruntukan enakmen. Boleh fight habis kat situ. Dan isu teknikel.
 
Sebenarnya, ianya telah menjadi pengetahuan umum bahawa nak ceramah sebegitu mesti ada tauliah. suka atau tidak. Sama ada bijak atau tidak, islamik atau tidak , itulah undang-undang2 kita.

Kalau kita membezakan; katakan saya ada sarjana  muda syariah, atau diploma sahaja- maka tak ada pengecualian sedangkan bekas mufti tak perlu tauliah, itu adalah pentafsiran yang tidak adil pada undang-undang.

Diskriminasi sebegitu pada kesan dan kuatkuasa undang-undang akan menyerabutkan keadaan. Sijil ok, prima facie ilmu tapi bukan confirm betul ilmu yang disampaikan.

So, kerana Equality before the law, Takda tauliah adalah salah, boleh didakwa dan disabitkan. Loud and clear. Dr Asri juga (boleh dianggap) tahu hal ini.
 
Bagaimanapun, semua yang celik, oh! yang celik belum tentu nampak, ok, kebanyakan yang celik daripada kita percaya bahawa Dr. Ari tak perlukan tauliah. Bahkan Tauliah tidak wajar. Lihat pandangan MP Zulkifli Nordin tentang tauliah warisan penjajah.
 
Oleh itu, Sokongan kepada Asri sepatutnya suatu sokongan untuk memanifestasikan tentangan kepada undang-undang Tauliah itu sendiri isebagai suatu undang-undang zalim, tidak syarie atau lebih menghampiri kepada pendurhakaan kepada agama allah. Ia membantutkan penyebaran Ilmu Allah dan sangat terdedah kepada salahgunakuasa bagi menyekat pandangan agama yang benar tapi bertentangan ...  
 
Ia suatu tentangan seperti tentangan kepada undang-undang ISA. ISA sah sebagai undang-undang tetapi ia melanggar ruh perlembangan dan sangat tidak syarie. 
 
Sewajarnya seorang itu didakwa kerana isi ceramahnya yang mengandungi kesesatan dan kepalsuan. Ini cukup adil dan sangat munasabah. Oleh itu, mungkin Dr Asri dan barisan peguammya boleh menambahkan satu usul untuk dihujahkan dimana meminta mahkamah mengisytiharkan peruntukan undang-undang berkaitan keperluan kepada Tauliah sebagai tidak sah, batal dan tidak terpakai kerana bertentangan dengan hukum syarak atau kehendak Allah Azza Wajalla.   
 
     
 
Kedua dan paling penting sebelum... melangkah menaiki bahtera Dr Asri, pastikan bahtera itu adalah selamat dan cukup kuat untuk mengharungi ribut badai ...
 
 

 
 
 Untuk maklumat lanjut sila rujuk 
 
http://abu-dubeis.blogspot.com 

0 Komen:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP