Monday, November 9, 2009

DAKWAH SYEIKH DAKWAH

BERDAKWAH STYLE DR ASRI


Salam Kepada Semua Umat Islam Khususnya di Negeri Johor dan khususnya di Daerah Batu Pahat.

Tempohari seorang wanita berumur  sekitar 60 tahun ke atas yang meminati menambah ilmu agama menyatakan kepada saya bahawa beliau tertarik dengan pandangan atau teguran Dr. Asri mengenai usaha berdakwah oleh para ustaz/ustazah tapi berunsur perniagaan yang memberi pulangan lumayan.

Ya, benar. Tidak seperti dulu, kini agama telah menjadi produk yang laris. Permintaan pasaran kepada 'agama' tinggi dan membuka peluang dan ruang untuk para ulama dan ustaz membuat duit daripadanya.

Saya juga sukar menerima kaedah mempromosi jualan produk kesihatan oleh ustaz dan ustazah dengan menimbulkan anggapan bahawa memakan secara berterusan dengan produk mereka iaitu sebagai makanan sunnah ibarat beriltizam dengan satu amalan sunnah nabi... ibarat menggengam bara api dikala umat yang rosak... memberi ganjaran pahala yang besar  ....saya tak berapa ingat, tapi.... mungkin diibaratkan pahala sekian ramai mereka yang mati syahid.

Ada pula yang mempromosikan produknya di hasilkan oleh tangan-tangan yang suci, bersih ....rajin beramal... saya tak berapa ingat. Tak tahu ada lagi atau tak. Cuba anda dengarkan bicara promosi produk dalam radio IKIM. 

Menurut ibu itu, Dr Asri ada menegur mengenai kursus atau program agama yang mana hasil kutipan fee yang boleh tahan mampu menjana pendapatan berpuluh ribu .... 

Ya saya pasti ada pandangan ustaz yang membenarkan perkara sebegini. Terserahlah.........  

Apapun saya ingin tuan-tuan yang mencintai Islam dan ingin sedikit saham dalam menyumbang kepada kebaikan umat Islam, dapatlah kita sama-sama menghebahkan program di bawah :- 

Pemberitahuan Umum

(Suatu Program Dakwah Tanpa Unsur Perniagaan

Dan Tanpa Objektif Keuntungan Material)



Kursus Solat Sempurna di Batu Pahat

”Penghayatan & Praktikal Solat & Solat Jemaah”

(Merujuk Solat Nabi Dari Perspektif Mazhab Shafie)



Sabtu 5/12/2009 Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat

Kos Hanya RM10-00  & RM15 seorang

(Termurah di pasaran)

Terbuka Kepada Semua Umat Islam

7.30 pagi hingga 6.30 petang

(In sya allah -3 kali makan- pagi tengahari & petang,

penyegar, fail, modul dan beberapa keperluan )



Pembimbing/Motivator : Ustaz Haji Muhammad Sobri Omar

(Penceramah Bertauliah/Imam )

(Penceramah dlm Channel 9 –Tanyalah Ustaz)


Anjuran  kumpulan IMBP, Surau Taman Kemajuan,
Surau Taman Bukit Perdana dan Surau Taman Koperasi 
dengan kerjasama dan sokongan pihak pengurusan dan pentadbiran
Masjid Sultan Ismail 

Tel: 012 755 1646 / 019 72 72 817 /017 215 4412
email : abusyahmi72@yahoo.com.my

KAMI MENGALUKAN SOKONGAN SUKARELAWAN DAN SUMBANGAN -MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI HISHAM




Tertakluk kepada terma dan syarat dan perubahan oleh penganjur dan penceramah

hisham bin ahmad

0 Komen:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP