Sunday, November 1, 2009

Maklumat Kursus Solat


KURSUS PENGHAYATAN & PRAKTIKAL SOLAT
DAN SOLAT JEMAAH

KEPENTINGAN KURSUS INI DIADAKAN:-
1.
Kepentingan Solat itu sendiri. Solat ialah Ibadah No. 1. Sebagai orang islam yang beriman kita meyakini bahawa solat tiang agama, tanpanya, runtuh agama.  Nabi pernah bersabda : ertinya " sesungguhnya sempadan di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat" (Hadith Shohih Riwayat Muslim).  Solat  adalah ibadah yang pertama dan paling penting dinilai oleh Allah diakhirat kelak. Justeru, tiada lagi apa-apa  pertikaian tentang kewajipan, kepentingan dan kelebihan solat.

2.
Masalah tiada atau kurangnya penghayatan terhadap solat dan solat jemaah khususnya dikalangan golongan muda dan remaja. Masalah ini merangkumi dan bermula daripada:-


(i)
Tiada keinginan dan kesungguhan untuk menunaikan solat sehingga solat dikesampingkan, dilalaikan bahkan ditinggalkan. Tiada rasa sensitif (untuk menyahut seruan) kepada azan yang dilaungkan, Tiada rasa malu atau bersalah melihat orang lain menuju ke masjid diketika dia menghirup teh tarik di warung, sebagai contoh.  


(ii)
Tiada keinginan untuk menghayati solat, sering melewatkan solat, berbuat kerana terpaksa, tidak mahu mempelajari ilmu solat atau menambah ilmu solat, sangat berat untuk bersolat, bersolat seperti lipas kudung, mencuri dalam solat dan sebagainya.      


(iii)
Tidak memahami kepentingan dan kelebihan solat jemaah di masjid dan surau, bahkan tidak dilakukan di surau pejabat, di tol dan tempat-tempat awam lain. Tidak memahami kerugian besar kerana tidak solat jemaah sedangkan ia mudah dilakukan di mana-mana tempat. Merasakan solat jemaah ini fardu kifayah, orang lain buat dia –tak payah. Melebihkan adat daripada syarak- mengapa jemaah pada waktu solat sunat tertentu jauh lebih ramai daripada solat fardu...  Bagaimana memindahkan kesan solat jemaah jumaat kepada lain-lain solat fardu?


ISU KUALITI & MARTABAT SOLAT - BAGI INSAN-INSAN  YANG TETAP MEMELIHARA SOLAT 5 WAKTUNYA
Pernahkah kita, keluarga kita, sahabat-sahabat  kita  bertanya soalan-soalan ini kepada diri sendiri atau pernahkah kita berbicara sesama kita mengenainya:-  
1.
Adakah kita pernah memberi masa seketika memikirkan dan menilai kedudukan kualiti atau martabat solat kita ? Gred apa,  A, B, C  ?

2.
Selama bertahun atau berpuluh tahun kita bersolat, Adakah kita pasti kita telah bersolat dengan cara terbaik sebagaimana solat rasullullah s.a.w? atau menghampiri solat baginda.

3.
Bila kali terakhir kita semak semula kedudukan solat kita melalui kursus-kursus solat yang lengkap dan menyeluruh?

4.
Pernah kita beri sedikit masa untuk  meneliti dan menilai semua solat kita dan cara kita belajar dahulu ? 

5.
Tidak kita mahukan keyakinan  bahawa cara kita bersolat menepati atau menghampiri cara nabi kita bersolat? Tidakkah kita mahu cara penghayatan dan usaha kekusyukan solat kita mengikut cara yang yang dianjurkan nabi? 

6.
Tahukah kita tentang perintah dan penegasan nabi agar orang lelaki bersolat fardu scara berjemaah khususnya di masjid dan surau? Tahukah kita akan adanya amaran nabi agar kita jangan meninggalkan solat berjemaah?

7.
Mahukah kita mendapatkan kepuasan dan kekusyukan dalam bersolat?

8.
Mahukah kita tingkatkan lagi ilmu dan penghayatan kita ketahap mengetahui setiap dalil dan nas bagi setiap pergerakan solat kita dan bagi setiap kaedah dan cara dalam mendapatkan penghayatan dan khusyuk dalam solat? 

9.
Tahukah kita apakah maksud sebenar khusyuk dalam solat? Adakah terdapat perbezaan memahami khusyuk dalam solat sunat bersendirian seperti pada solat malam  dengan  khusyuk dalam solat fardu secara jemaah? 

10.
Tahukah anda bahawa ilmu dalam solat berjemaah begitu luas dan perlu didalami bagi menjadikan barisan dan kumpulan solat jemaah kita begitu mantap dan berkesan untuk melahirkan kesepaduan hati?  Betulkan tindakan seorang jemaah individu bersujud lama dalam solat jemaah sedangkan imam sudah lama duduk tahiyat? Banyak persoalan perlu didapatkan jawapan yang mantap untk menambahkan ilmu dan meningkatkan penghayatan.

OBJEKTIF :-
1.
Berusaha memberi jawapan kepada persoalan-persoalan tadi atau sekurang-kurangnya membuka jalan dan memulakan rasa keinginan untuk membicarakan dan memahami ilmu solat dan solat jemaah. 

2.
Memberikan  suntikan (melalui ceramah dan motivasi) untuk mewujud rasa kehambaan kepada Allah, keyakinan tinggi bahawa diri manusia  akan kembali kepada pencipta  untuk dibicarakan. Solat pula adalah ujian peperiksaan pertama yang akan dinilai dan diberi markah.

2.
Memberikan maklumat kepada kaedah-kaedah pergerakan dan bacaan solat yang betul bertepatan dengan solat yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w berdasarkan dalil-dalil terkuat dan pandangan mazhab Syafie.

3.
Memberikan maklumat mengenai kepentingan solat dan kemerbahayaan meninggalkannya.

4.
Memberikan maklumat kepada kaedah-kaedah pergerakan solat dan bacaan yang betul.

5.
Memberi maklumat mengenai kepentingan solat jemaah di masjid dan surau-surau dan kemerbahayaan meninggalkannya. (Penekanan) Merujuk kepada dalil al Quran dan Sunnah Rasul s.a.w. dan kisah-kisah sirah nabi, para sahabat dan sebagainya.

6.
Memberikan maklumat kepada kaedah-kaedah pergerakan solat Jemaah dan bacaan yang betul. 
7.
Memberikan maklumat kepada beberapa kaedah dan teori bagi memperolehi khusyu' dalam solat serta menekankan kepentingannya.

8.
Merungkai dan mencari jawapan kepada kemusykilan-kemusykilan yang timbul mengenai solat.


[Soalan-soalan ditulis sepanjang kursus dan akan dikumpulkan dan dijawab mengikut mana yang relevan dan penting kerana untuk memanfaatkan masa yang terhad]

MATLAMAT KURSUS :-
1.
Mewujudkan masyarakat umat Islam yang mempunyai ilmu yang mantap mengenai Solat dan Solat Jemaah secara tepat dan terbaik kkususnya dikalangan generasi muda seperti pelajar-pelajar , remaja-remaja dan anak-anak muda.

2.
Mewujudkan masyarakat umat Islam yang mencintai Solat dan Solat Jemaah kkususnya dikalangan generasi muda seperti pelajar-pelajar , remaja-remaja dan anak-anak muda lantas kecintaan itu melahirkan sifat sentiasa taat dan bersungguh-sungguh dalam perlaksanaan solat dan solat jemaah secara iltizam dan istiqamah (berterusan).

3.


Mewujudkan rasa persaudaraan Islam dalam kecintaan kepada ilmu dengan tujuan mempertingkatkan kualiti ketaatan kepada Allah dan Rasul dari segi pembinaan akidah yang utuh dan bersih, amal ibadah terbaik dan akhlak mulia.  


MAKLUMAT KURSUS
Oleh itu, terpanggil untuk mendapatkan seberapa banyak jawapan  kepada soalan-soalan tersebut dan untuk mengorak jalan kepada menimbulkan minat dan kecintaan umat Islam kepada solat dan solat jemaah dan menyuntik budaya untuk gemar berbicara mengenai ibadah ini, kami menganjurkan suatu kursus seperti berikut:-   
1
Kursus:
Kursus Penghayatan & Praktikal Solat Dan Solat Jemaah

2
Penceramah/Pembentang
Ustaz Haji Muhammad Sobri Bi Omar

3
Hari dan Tarikh Kursus:-
[1] Sabtu : 5 / 12 / 2009 

4
Tempoh Kursus:- 
Jangkaan 8.00 pagi – 6.30 petang

5
Tempat Kursus:-
Masjid Sultan Ismail

6
Peserta

Harapan 300 atau lebih peserta. Terbuka Umum Kepada Umat Islam dengan keutamaan kepada golongan berumur 12 tahun hingga 40 tahun dan permastautin atau pemukim Batu Pahat

6
Cara pembentangan:-  (Tertakluk perubahan):

Menggunakan teknik berikut  iaitu (1) Ceramah lisan (2) LCD Projektor (3) Kertas Kerja (4) Praktikal beberapa orang peserta dan pembentang akan melakonkan beberapa gerakan di hadapan peserta. (5) Tayangan Video Solat  6) Lukisan di White Board
-Tertakluk kepada perubahan

6
Yuran Penyertaan
Tiada - seorang peserta  (Cadangan Pertama) RM10-00 seorang peserta (Cadangan Kedua) atau yang difikirkan wajar dari masa ke semasa mengambilkira kemampuan penganjur. 

7
Cara Pembayaran
(1)     Tunai  
(2)    Resit sebagai bukti pembayaran
5
Cara Penyertaan. Melalui pendaftaran & bayaran
Penerimaan Pendaftaran adalah mengikut yang dahulu di dahulukan. Tempat banyak tetapi terhad.  Sila buat panggilan telefon dan hadir kepejabat kami  untuk membuat pendaftaran dan bayaran.

6
Tarikh tutup penyertaan
20/11/2009 atau sila hubungi kami, (jika ada perubahan @ penangguhan)

7
Lain-Lain 
Sila lihat lampiran (perkara penting kursus) ****

8
Pengangkutan
Sendiri/masing-masing 


TAJUK   &   PENGISIAN [TERTALUK PERUBAHAN]
Ceramah 1   
Tajuk : Kepentingan Solat dan Praktikal Solat Sempurna Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Pertama /Sesi Pagi)
Ceramah 2
Tajuk : Kepentingan Solat Jemaah dan Praktikal Solat Jemaah Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Kedua/Sesi Tengahari)
Ceramah 3
Tajuk : Lalai & Khusyuk Dalam Solat  (Falsafah Solat dan Kyusuk Dalam Solat Sunat, Sendirian Atau Jemaah)

TENTATIF   PROGRAM [TERTAKLUK PERUBAHAN]
07.30 am
Pendaftaran peserta
08.00 am
Ceramah 1 . ( Sesi Pertama)
10.00 am
Sesi Soal Jawab  & Rehat Kejap (Edaran Kuih & Air Kotak)
10.30 am
Ceramah 2 (Sesi Kedua)
12.00 tghri          
Rehat, Makan Tengahari & Solat Zohor
01.30ptg                   
Ceramah 3 (Sesi Ketiga) 
04.00 ptg
Rehat dan solat Asar
04.30 ptg
Ceramah 4.  Kejap (Edaran Kuih & Air Kotak)
06.30 ptg
Bersurai

Tertakluk perubahan antara penceramah dan penganjur


HAL DALAMAN
Isi Perkara Untuk Bincang (Untuk Diadakan Dalam Program):

1.
Motivasi Untuk Menanamkan Rasa Kehambaan Kepada Jiwa Umat Islam
2.
Slot motivasi cintakan solat – how?
3.
Latihan Bacaan Al-Fatihah. Live
4.
Isi kursus, pendekatan dll
5.
Sesi Soal Jawab – melalui soalan bertulis – sediakan kertas dan pen- penceramah memilih soalan dan menghadkan masa scara terbaik...
6.
Beberapa Praktikal Pergerakan Solat & Solat Jemaah.
7.
Lain-lain


PENCERAMAH/MOTIVATOR : 

(1)
Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Sobri Bin Omar
(2)
-tiada-


Butiran, Kelulusan & pengalaman Penceramah. 
(Catatan penganjur)

(1)
Bekas Guru Sekolah
(2)
Mempunyai seorang isteri dan 6 orang anak.
(3)
Alamat terkini: 4B, Jalan Masjid, Pt Bilal. 
(2)
Guru Pembimbing bertauliah Kursus Haji, Umrah dan lain-lain  
(3)
Penceramah bebas bertauliah 
(4)
Imam Bertauliah Masjid Jamek Parit Bilal
(5)
Berpengalaman mengendalikan ceramah agama. Dikenali ramai khususnya di daerah Batu Pahat kerana  kualiti isi ceramah dan metodologi penyampaian.
(6)
Pernah menyampai kuliah/ceramah termasuk di televisyen seperti TV9 dalam program ”Tanyalah Ustaz”
(7)
Dipercayai antara pilihan terbaik untuk membimbing peserta kursus Solat bg tujuan dan matlamat yang dimaksudkan. Semoga Allah mengizinkan. 














ANGGARAN KOS KURSUS

Untuk makluman semua, tiada keuntungan peribadi dan tiada bayaran khusus ditetapkan kepada semua kakitangan (tenaga kerja dan pemikiran) penganjur. Khidmat mereka adalah sukarela dan Kursus ini dilaksanakan atas tanggungjawab untuk berdakwah kerana Allah demi kebaikan umat Islam.   

Maklumat Asas
(1)  Anggaran Peserta : 300 orang
(2) Penceramah : 1 orang
(3) Kakitangan Kursus : 20 orang - 
(4) Anggaran Masa Bertugas Kerja Hari Kursus : 12 jam (6.45 am – 6.45 pm)
(5) Angaran tempoh masa kursus : 11 jam (7.30 am -6.30 pm)
     termasuk masa makan dan solat

 
Kos-kos Jangkaan

1.
Kos Makan Peserta dan Kakitangan 
(Cadangan 3 kali makan utama : Pagi, Tengahari Petang, tambahan penyegar seperti gula-gula, candy, air kotak dan lai n-lain kerana kursus mengambil masa yang lama dan perlukan minda yang fokus  )   


2.

Kos Alatan Peserta Kursus
(1) Modul kursus, Fail, pen, buku nota.
(2) buku, siwak dll. 

3.

Penyediaan Alatan Bantu Ceramah
Kos Sewaan atau Upah Pengendali
(jika ada)


4.
Sumbangan Cenderahati Kepada Pihak Masjid (Ikut kemampuan kewangan)


5.
Hadiah  Kepada Penceramah
(Penceramah tidak pernah menyebut pasal bayaran dan kami tidak pernah berjanji apa-apa lagi kepada  penceramah-budubicara penganjur  ) 




6.
Promosi Mendapatkan Peserta :
Medium Alat:- 
5 Banner,  Pamphlet, profil, brochures, radio ikim dan media masa, akhbar dll,  
Medium Kediri
sekolah-sekolah, tempat tumpuan anak muda, masjid ke masjid, surau-surau, rumah ke rumah dan  individu ke individu  dan lain-lain
kos-kos berkaitan pembuatan, penghantaran, pemasangan, pengangkutan
-           


7.
Cenderahati Kepada ahli-ahli kanan IMBP 
5 orang



8.
Cenderahati Kepada kakitangan sokongan





9.
Lain-lain


10.

Anggaran Kos :




0 Komen:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP