Sunday, July 12, 2009

PERINGATAN AKHIR BUAT PENGUNDI MANEK URAI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Salam sejahtera dan semoga saudara-saudara seagamaku sentiasa dalam rahmat Allah dan mendapat petunjuk dan hidayah kepada cahaya kebenaran dan sesudah itu tidak dipalingkan ke jalan yang sesat dan salah.Amin Ya Rabbal Alamin.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Salawat dan salam kepada nabi kita, Muhammad sallallahu alaihi wasalam (s.a.w) dan sekelian para keluarga dan sahabat baginda. (Salah satu tafsiran kepada perkataan keluarga baginda ialah termasuk umat Islam yang mencintai nabi termasuklah diri kita, insyalllah).

Haruslah kita bersyukur sesyukur-syukurnya kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk berada dalam agama yang benar (Islam) dan menjadi umat nabi akhir zaman. Bayangkanlah, ada manusia yang hidup dengan nabi berdampingan dengan nabi, tapi kalau Allah tak bagi hidayah, mereka tak Islam dan tak beriman. Kita ni dah beribu tahun jauh dari zaman nabi, tapi kerana hidayah dan rahmat Allah, kita Islam dan kita mengakui kerasulan nabi yang kita tak pernah jumpa. Alangkah untungnya kita! Justeru, hargailah nikmat itu dengan mentaati Allah dan Rasul.


Tujuan: Penulisan ini ditujukan khususnya kepada orang-orang Islam yang menyayangi agamanya, meyakini hidup hanya sementara dan akhirat juga yang kekal dan mencari keredaan Allah adalah matlamat hidup.

Untuk yang tak faham atau tak sayang agama, tentulah sukar nak fahami penulisan ini. Maka taklah ditujukan untuk mereka. Tapi nak baca, silakan.

Persoalan dan Jawapan. Teori Logik Mudah.
[Logik Mudah atau simple logic ialah satu teori atau kaedah untuk kita guna sebagai pertimbangan sebelum kita mengundi. Tujuannya supaya kita mengundi dengan betul dan diredai Allah. Tapi tolong baik sangka ..sebab penulisan ini ringkas aje..tujuannya baik. Nasihat]

Logik Mudah ini menyarankan kita menimbulkan persoalan-persoalan agama dan mencari jawapan secara mudah, bersandarkan ilmu agama. Dalam masa yang sama soalan dan jawapan itu dihubungkan dengan realiti atau suasana kehidupan masyarakat dan negara kita.

Logik mudah bolehlah difahamkan secara berfikir secara logik/munasabah dan mudah. Jangan susah-susah. Mudahkan. Fikir cara mudah dengan ilmu agama dan pengetahuan am sikit.

Ok. Jika kita ditanya; kita buat ibadah seperti solat untuk apa? Ya. kerana kita tahu ia mesti dibuat. Mudah kata, jika tak buat berdosa, akan ke neraka. Jika buat, insyaallah satu syarat ke syurga telah dibuat. (Tapi banyak lagi syarat).

Kita juga tahu untuk ke syurga, kita kena taat Allah dan Rasul. Cara taat kepada Allah dan Rasul ini ialah kita kena laksanakan arahan Allah dan tinggalkan apa yang dilarang.

Di mana pula datang arahan agama ini? Ya sudah tentu dari Al-Quran dan Sunnah. Segala-gala yang dilarang dan disuruh lakukan, adalah dari al-Quran. Kita kena baca, faham, terima dengar- taat dan laksanakan.

Apa hukum kalau tak percaya Quran atau mana-mana isikandungnya? Semua tahu jawapannya iaitu ada risiko tanggal iman dan boleh murtad. Mereka yang masuk golongan ini, tak perlulah terus membaca kerana buang masa aje. Tapi nak baca lagi, pun tak apa, takda masalah.

Sekali lagi saya katakan, artikel ringkas ini untuk orang yang faham dan sayang agama dan percaya bahawa nak masuk syurga kena dapat keredaan Allah, dan nak dapat keredaan-Nya, kena ikut apa Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Sekali lagi ditanya, bagaimanakah caranya? Mudah aje. Ikut teori logik mudah .... iaitu tentulah buat seperti disuruh dalam kitab Allah, AlQuran dan sunnah nabi.

Rukun Iman ialah termasuk percaya kepada al-Quran. Kena terima seluruhnya. Kena terima isikandungnya. Tapi masalah kat dunia ini dan peliknya... nak tahu apa? Ramai orang percaya dan terima Quran (terpaksa ke! Takut murtadke? Tak kisahlah) tapi tak baca. Yang baca pun satu, tak nak fahamkan maknanya.. bacalah makna bahasa melayu, lagi baik, baca tafsiran. [Kalau dah tak faham, susah sangat nak faham, sebab itu kita kena dan terpaksa bergantung dengan orang lain. BelajarLAH, cari Ustaz, kuliah ke, ceramah ke, baru faham.] Tapi nasihat saya, masih patut baca sendiri. Ambil tahu.

Pelik dan bodohnya kita, bila kita fikirkan sindiran ini:-

(1) kita kata Quran panduan kita, ada arahan dan larangan Allah. Kena laksanakan arahan dan larangan itu untuk taat kepada Allah. Ada peluang masuk syurga. Tapi kalau tak baca dan faham. Macammana nak tahu apa yang dilarang dan apa yang disuruh???.

(2) Kita tahu hidup hanya sementara kalau sampai 80 tahun dah cukup power, tapi akhirat kekal abadi –selama-lamanya... tapi fokus kita di mana? kita korbankan masa dan tenaga untuk urusan dunia terlalu banyak, masa untuk akhirat...terlalu sikit?

(3) Kita nak masuk syurga... tapi kita benar-benar faham ke apa yang perlu dilakukan untuk ke sana? dan adakah kita dah lakukan? Sekadar solat, puasa agaknya cukup? Tahankah kita di’cuci’ di neraka dahulu untuk beberapa lama yang tak pasti?

Marilak kita lihat sedikit daripada ayat Quran yang boleh difahamkan ngan mudah, tak percaya boleh semak:-


(1) Surah Taha ayat 123 & 124 yang bermaksud :”Jika datang kepadamu petunjuk dariku (Allah”) sesiapa yang mengikut petunjukku dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Sesiapa yang berpaling daripada peringatanku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan kami menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”

(2) Surah An-Nahl ayat 89: Dan kami menurunkan kepada mu sebuah kitab yang menjelaskan mengenai setiap perkara (disamping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang muslim.”

(3) Surah Al-Nisa’ : 59 yang ertinya : ”kemudian jika kami berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasulnya”.

(4) Surah al-An aam : 157 ”Oleh itu siapakah yang lebih zalim lagi daripada mereka yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat keterangan kami (degan)azab seksa yang seburuk-buruknya disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya)..”.

(5) Surah al Maidah, 44:- ”Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi hendaklah kamu takut kepada-ku, dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat ku dengan harga yang sedikit; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang –orang yang kafir.”.

(6) Apabila Surah Taha ayat 123 & 124 yang bermaksud :”Jika datang kepadamu petunjuk dariku (Allah”) sesiapa yang mengikut petunjukku dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Sesiapa yang berpaling daripada peringatanku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan kami menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”

(7) Surah An-Nahl ayat 89: Dan kami menurunkan kepada mu sebuah kitab yang menjelaskan mengenai setiap perkara (disamping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang muslim.”

(8) Surah al-An aam : 157 ”Oleh itu siapakah yang lebih zalim lagi daripada mereka yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat keterangan kami (degan)azab seksa yang seburuk-buruknya disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya)..”.

(9) Surah al Maidah, 44:- ”Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi hendaklah kamu takut kepada-ku, dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat ku dengan harga yang sedikit; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang –orang yang kafir.”.

Siapa yang baca dan tak faham? Kan tak susah nak faham? Kalau tak faham juga tak tahu saya nak cakap apa. Jelas Islam adalah agama yang lengkap dan syumul.

Kembali Kepada Suasana Masa Kini

Sebagai pengundi, yang mana kita akan dipertanggungjawabkan atas undi yang kita lakukan, Adakah kita mengundi untuk mendapatkan keredaan Allah atau tidak ? Jika ya, maka sudah tentu kita mesti gunakan ilmu kita dan pertimbangkan perkara-perkara berikut berdasarkan agama.

Lihatlah sekeliling kita, lihatlah apa yang berlaku kepada negara kita, masyarakat kita, anak-anak kita. Lihatlah. Lihatlah dan fikirkan samada semua yang berlaku disekeliling kita dalam keredaan Allah. Setakat mana kepatuhan dan keingkaran kepada Allah dan Rasul berdasarkan kepada kitab suci kita.

Setelah berpuluh tahun merdeka, hukuman dan undang-undang apa yang kita masih pakai adakah hukuman dan undang-undang yang disebut dalam Quran? Undang-undang tuhan tak baguske? Adakah pemimpin kita menunjukkan contoh tauladan dalam hal aurat sedangkan Quran jelas (dan ditegaskan semua imam 4 mazhab bahawa rambut adalah aurat? Jika dia tak yakin pada hukum aurat, bagaimana kita nak pastikan dia nak laksanakan lain-lain perintah Allah? Keruntuhan akhlak dan isu murtad. Cukupkah tindakan dalam hal murtad, ada orang islam tak pandang berat isu murtad, kononnya dibesarkan lah, tak ramailah, (Maaf kalau tak begitu tepat). Jawapan saya mudah, cuba fikir kalau anak kita yg dimurtadkan, baru tahu macammana rasa diri ini, macam bumi dan isinya terbalik atas kita - seperti bapa Aishah).

Gejala sosial, zina dan seks bebas, vcd lucah, rogol, jenayah, gila hiburan dikalangan anak-anak muda, merempit, pukul, buli, bahasa melayu yang terpinggir, sekolah agama yang diketepikan, pendidikan agama yg kurang, kekayaan yang tidak munasabah dikalangan pemimpin, skandal seks dan banyak lagi dan lagi dan lagi. Sehinggkan kini berlaku isteri tersalah tidur dengan lelaki disangka suami, kecurian dalam masjid, peti besi duit surau dipecah oleh budak sekolah rendah lak tu, anak muda beromen depan mata kita, ahli politik kaya rumah macam istana dah tak segan tunjukkan kekayaan (kat mana tahu) dan lain-lain. Antaranya lagi ...

(1) Negara kita ada kilang arak dan tempat judi yang banyak. Lesen judi ada. Lesen Arak ada. Adakah diredai Allah? Ada tak orang Islam yang menerajuinya? Yang pegang kedudukan penting?. Berapa ramai anak orang islam minum. Ketahuilah judi dan arak jelas diharamkan dalam Quran. Allah laknat melaknat semua orang yang terlibat dengan arak.... yang jual, yang beli, yang tolong, yang serve arak (termasuk anak melayu) yang keluarkan lesen dll.

(2) Bagaimana dengan amalan rasuah, tidak amanah? dan pilih kasih? Kronism? Nepotism? Jatuh menjatuh? Berebut jawatan? Berleluasa sekarang. Ketahuilah bahawa rasuah, tak amanah amat dicela oleh Allah dalam Quran. Mencari keredaan Allah?

(3) Hiburan yang terlalu banyak. Maksiat yang berleluasa. Keruntuhan akhlak. Gejala Mat Rempit. Gejala sosial. Zina. Khalwat dan pelbagai lagi. Keredaan Allah? Mustahil!!! Berapa ratus ribu anak islam yang nak pergi temuduga program realiti hiburan untuk jadi penyanyi, pelakun atau pelawak bodoh.

(4) Macam-macam lagi. Kita boleh buka kitab Al-Quran dan sunnah sekadar untuk pastikan bahawa apa yang berlaku sekarang amat sangat tidak diredai Allah. Jalan menuju ke neraka Allah.

Saya ikhlas mengatakan bahawa banyak perkara, terlalu banyak, yang berlaku di negara kita tidak diredai Allah. Ianya samada dilakukan oleh pihak kerajaan atau dibiarkan sahaja dilakukan. Jika ada pun dilakukan, sangat tidak mencukupi. Dalam apa keadaan pun, banyak yang berlaku membuktikan takda usaha mencukupi untuk mencari keredaan Allah.

(1) Ini lagi amat saya bimbang. Bagaimana anak melayu dihidangkan dengan program hiburan yang keterlaluan. TV dan majalah? Bukan sahaja aurat terdedah, tapi terdedahnya semakin keterlaluan. Tertonjol sana tertonjol sini. Lihat dalam majalah nama buah apa tu. Majalah apa? Majalah papaya ke epal ke mangga? Perkara ini kalau nak dipanjangkan .... terlalu panjang. Saya tahu ramai ulama dan ustaz dalam parti UMNO pun risau, tapi saya hairan prinsip mereka... .. Fikirlah saudara ku! Tengok keliling kita ... macammana anak kita terdedah kepada segala gejala kerosakan akhlak... godaan kat luar Ya Allah, terlalu banyak... selamat kah anak kita... apa sebenarnya yang telah kita lakukan... bukalah kitab Al Quran, sunnah nabi..... ini semua amat-amat dibenci Allah dan Rasulnya. Kita mengundang bala Allah.

(2) Pendidikan agama sekadar alternatif dan dikesampingkan. Lihat bagaimana anak kita terkejar –kejar ke sekolah agama untuk tempoh masa yang sedikit... lihat bagaimana diskriminasi kemudahan dan layanan antara sekolah biasa dan agama...? Allahu akbar! Pendidikan agama untuk kebahagian yang kekal ... pendidikan dunia untuk dunia sementara... bijakkah kita! Nak berhujah dengan saya, tak payahlah! Ini teori pemikiran mudah dan logik! Anda mungkin nak bagi hujah anda. Kami boleh jawab anytime. Tap tak perlulah kat sini.

Yang jelas, pendidikan agama dan program agama... begitu sikit .... berbanding pendidikan biasa dan program hiburan. Ia ibarat sesudu teh sabun nak cuci sebakul besar pakaian kotor! Yang kotor betul bukan kotor kerja pejabat tapi kerja kat bengkel repair kereta ... masuk bawak kereta.. baju kotor , berdaki pekat ...dengan kesan minyak hitam....

Syukur memang ada golongan agama bebas dan mufti atau bekas mufti berusaha buat banyak program agama... untuk anak-anak dan dewasa.... tapi ikhlas kami katakan peratusan nya masih terlalu kecil ....apalagi untuk menyayingi arus wabak maksiat dan hiburan....Adakah dari segi hukum akal ...mereka akan menang.... Selagi sistem masih cara sama, kerajaan perangai sama, ....... takkan dapat...

Pendidikan untuk menjadikan anak-anak kita akauntan, doktor, pegawai bank, pensyarah, peguam, kontraktor, peniaga, ahli sains, atau apa aje untuk kepentingan dunia .... memang bagus... tapi dalam masa yang sama mereka hendaklah menjadi doktor, akauntan, peguam yang beriman dan bertakwa. Insya Allah,akan selesai banyak masalah dunia. Tapi bukan jadi peguam atau doktor atau akauntan yang tak pergi solat, yang minum arak, yang tak tahu baca fatihah dengan betul!

Tak caya, panggil mereka semua.. mari kita test, bacaan fatihah, ayat qursi, tahiyat... Semak tajuwid mereka. Lulus atau tak...

Sebab itu pendidikan akhirat mesti seganding dengan pendidikan dunia, biar pelajar perubatan itu graduate dan dapat dapat lesen doktor .... setelah lulus belajar perubatan dan lulus pelajaran agama dan pemahaman agama secara FORMAL. Barulah dia boleh relate /kaitkan antara kehebatan sains dengan kemukjizatan Quran dan keesaan Allah. Kalau tak ... harap poket je penuh ... tapi iman ...kosong. Dunia material mungkin dapat (ketenangan belum tentu) ... akhirat hancur.

Tapi sistem yang ada sekarang, memang tujuan nak lahirkan manusia yang pandai, tapi itupun tak banyak.... yang pasti, keluaran yang jahil agama, jahil akhirat memang ramai. Kini ramai yang jadi mat rempit dan ramai yang nak jadi penyanyi, pelakon ....tengoklah bagaimana berbangganya ibubapa yang anaknya terpilih masuk program hiburan.

Apa kah tuan nak berhujah ngan kami .. kita boleh buka kitab dan sunnah... percayalah apa kami cakap ini benar. ... Cuba bandingkan antara akademi Quran dan Akademi Fantasia.... kami bukan tanya mana yang lebih diminati anak kita? Itu soalan bodoh! Saya nak tanya berapa besar beza banyaknya anak-anak kita yang berminat/menonton akademi Quran dan akademi Fantasia? Cuba siarkan malam yang sama.... berapa peratus tonton akademi fantasia dan berapa kerat pula tengok akademi quran. Agaknya mana antara program ini yang diredai Allah???

Ceh! Kita pun berbangga kata kerajaan kita atau TV kita ada buatpun program akademi Quran. Ceh! 1 program hiburan dengan Quran nak melawan ribuan program hiburan dengan maksiat... macam-macam program yang saya pun tak pandai nak sebut adakah Malaysian Biol, Akademi fanta sial, one in million hell? ..dan banyak lagi kan... itu belum lagi program pertandingan menari... apa tajuk... you say u can dance ke apa? astagfirullah! Saya tak sangka anak muda melayu boleh menari begitu sekali..... tak percaya mata ini.... Lentuk nya dah macam John Travolta dalam Saturday Night Fever... ngeri ... lembut pun ada....

Itu belum masuk drama filem-filem mengenai kegilaan remaja yang menayangkan atau membayangkan perlakuan lucah, rempit, seksi , pergaulan bebas, seks bebas ... ...paling saya sedih, dari yang tak bijak sampai yang kononnya bijak pandai berhujah dengan logik akal yang singkat betapa filem, drama ini memberi pengajaran dan kebaikan dan kesedaran pada anakbangsa kita. Ada mesej dan pengajaran... masya allah ! alangkah karut dan temberangnya!

Kumpulkan semua mufti, alim, ustaz tanya mereka setiap seorang, betulkan pendekatan dan cara mereka... saya percaya silap sesilap-silapnya. Ingat! Apabila orang yang bukan ahli agama bercakap pasal agama... inilah jadinya. Rosak binasa umat!

Di sini saya kalau nak utarakan kegagalan sistem yang ada ... banyak. Tapi biarlah saya bagi tuan cara berfikir mudah dan logik, logik dan mudah:-

(1) Saya bukan suruh tuan sokong sesiapa begitu sahaja. Tapi saya minta tuan buat seperti al Quran arahkan. Ayat Al Quran kata ... apabila kamu menghukum antara manusia, hukumlah ngan adil.... sebagai pengundi kita mesti berlaku adil. Nanti kita akan dibicarakan Allah. Saya hairan bila melihat seseorang yang takut atau tak pernah baca maklumat seperti pada akhbar pembangkang, asyik baca suratkhabar kerajaan. Tak pernah tahu secara adil cerita pihak sebelah... menyokong membuta tuli ..satu pihak sahaja. Maka ini sifat dan tindakan seseorang yang tidak adil. Jawablah nanti!. Saya faham dan terima pendirian seseorang yang dah kaji maklumat daripada pihak pembangkang dan pihak kerajaan dan setelah faham keduanya dia pun sokong kerajaan... ini ok. Dia dah pertimbangkan secara adil dan jika itu keputusannya. Ok. Kita jangan marah. Betul atau tidak keputusannya itu cerita kedua. Kaedahnya betul. Tapi bagaimanapun, saya suka melihat hujahnya dan berhujah dengannya (kerana keputusannya silap) dari sudut kitab Allah dan sunnah rasul.

(2) Jadilah hakim (pengundi ) yang adil, dapatkan fakta dan hujah dari kedua belah pihak ..barulah boleh buat keputusan dan hukuman yang adil. Dok gitu?

(3) Kita kata solat wajib. Ingkar kewajipan, Kafir. Tak buat ..dosa besar. Ini jelas. Tapi tahukah anda banyak lagi disebut dalam Quran yang kalau tak buat atau tak percaya, boleh jadi masalah pada iman..boleh gugur iman. Antaranya hukum Allah .... undang-undang hudud dan qisas. Sehingga hari ini, ada usaha nak buat atau halangan daripada buat pada pihak kerajaan, dan pimpinan sekarang? Sampai bila nak elak ? Sampai bila nak tangguh? Sampai Kiamat? Kami dulupun tak faham, tapi bila kita baca dan faham Quran, ayat-ayat tentang hukum hudud .... ini jelas disebut. Tapi sedihkannya.... kita ditakut-takutkan... tanyalah ustaz-ustaz kerajaan .... adakah kita tak perlu berusaha untuk laksanakan hukum Allah? Adakah masyarakat majmuk boleh jadi alasan tak boleh buat undang-undang Allah... cuba tanya pakar agama kerajaan dan pembangkang?

Kita selalu kata kerajaan dah buat macam-macam untuk kesenangan dunia. Macam-macam kerajaan dah buat, jalan, sekolah, hospital dll. Hujah ini selalu orang pakai!. Jawapan saya mudah. Saya suka apa yang baik yang kerajaan dah buat. Tapi itu memang tanggungjawab kerajaan dan siapa yang memerintah. Tapi kalau orang lain yang perintah negara ini ,tak leh buat ke. Lagi boleh ...

Tapi adakah yang dah dibuat, dah dibuat sebaiknya? Dalam keadaan sekarang tidak. Terlalu banyak penyelewengan.Ingat dulu Isu AP, Jambatan Bengkok, istana-istana ahli politik. Bagaimana barang murah jadi mahal seperti didedahkan bahagian audit, Berapa harga sebatang skru??? Bagaimana kerugian projek-projek besar dan lain-lain. Harga minyak, tender-tender tak telus.

Tak bolehkah kita bagi orang yang telus dan baik untuk perintah... yang takut berlaku serong dan takut pecah amanah .... kerana semua benda kita buat, tak habis kat dunia. Kami hairan kenapa kita terlalu takut.... sedangkan amat penting kerajaan dan orang-orang yang diberikuasa... diberi amaran dan peringatan tentang amanah yang dipikul...

Yang faham agama, pasti tahu kisah firaun yang senang dan kaya. Tapi Allah tak iktiraf kekayaannya sebab ingkar kepada agama dan Allah. Jadi Allah suruh masa untuk tegur dan dakwah. Jika degil siaplah firaun. Akhirnya apa jadi,, memang siap sifiraun tu. Habis hancur tonggolam. (jadi janganlah terpegun sangat dengan tawaran wang dan harta)

Jadi ingatlah! kesenangan dunia tak relevan bagi keredaan Allah. Ingat ayat Quran ada kata: Kesenangan dunia hanya satu tipu daya. Logik mudah untuk kita faham. Nak senang di dunia, boleh, bukan tak boleh. Semua memang nak senangpun....

TAPI ingatlah! fahamlah! ,jika orang yang bagi kesenangan itu ingkar perintah Allah,,, apakah diredai Allah. Kita nak terbeli dan tergoda dengan kesenangan yang sedikit ini. Kami kesian ngan diri kami, kelaurga kami, saudara mara kami dan orang melayu sekelian, takut kat dunia tak lah berapa senangpun, nanti kat akhir susah...tak berbaloi saudara-saudariku...

Dulu kita rasa ustaz-ustaz aje yang macam tak sekolah tinggi. Kita kata Ulama tak tahu tadbir negara- tak benar tu! Umar Abdul Aziz , khalifah hebat adalah ulama.

Sekarang ni bukan sahaja PAS dipimpin ulama, mereka dan ada ramai bijak pandai dunia... profesional, Apa pakar yang takda pada mereka? ... Ir ....berapa ramai. Engineer, doktor, pakar ekonomi semua ada dan yang penting pakar-pakar ini jujur dan amanah.

Cukuplah. Sekadar ini. Harap panduan ilmu mengundi ini membantu tuan dalam mencari keredaan Allah. Semoga kita dan generasi kita selamat dunia dan akhirat.

Pertimbangkanlah..Gunakan logik mudah.


Sekian. Salam pilihanraya. Selamat mengundi ... hanya bagi yang mencari keredaan Allah. Wasalam.

Abudubeis. http://abu-dubeis.blogspot.com/

0 Komen:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP