Tuesday, July 14, 2009

Rahsia disebalik gambar-gambar indah ini? More to come....

[Gambar2 dibawah ini membawa memori indah disebaliknya... kutujukan khusus untuk sahabat-sahabat seumrahku 2007...Tuan Zulkepri Bin Ayub, Mr. nice guy Arafat Abd Hamid , Dr.Yunus Shariff dan Azman Pro2, jemaah Surau Al Azim Taman Bukit Perdana, Batu Pahat dgn ucapan ingatlah
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.......... {111 at-Taubah}. Mereka itu adalah org2 ynag bertaubat, yg beribadat, yg memuji (Allah), yg melawat (cari ilmu & berjihad), yg rukuk, yang sujud, yg menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar dan yg memelihara hukum2 Allah..." (112 at-Taubah) ]

Gambar-gambar di bawah

Gambar ini ialah di ruang tawaf tetapi pada masa ini sudah hampir untuk solat. Ia betul-betul di luar binaan Hijir Ismail. Satu lagi tempat mustajab doa. Hijir Ismail dikira sebahagian kaabah. Berada dalamnya dikira berada dalam kaabah. Yelah, taklah secara fizikalnya sama dengan orang yang dibenarkan masuk betul-betul dalam kaabah, macam Ustaz Dato Harun Din. Siapalah kita ni? Raja Arab tak kenal kita. Tapi mungkin ia boleh berlaku secara luarbiasa.....?

Dalam kes ini, pusingan tawaf dihentikan sementara. Ramai yang dah ambil tempat untuk solat. Tapi ada yang masih mencari ruang untuk solat atau masih nak habiskan tawaf. macam-macam style. Tapi tengok tu, ada jemaah wanita berada dalam barisan saf paling pertama/depan. Bayangkanlah betapa ramai lelaki solat sama baris dan dibelakangnya. Ada sesiapa menerima penjelasan terbaik dari guru agama pihak tabung haji?

Gambar ini ialah gambar pintu kaabah. Sebelah kiri itu ada seorang polis arab yang sedang berdiri atas satu binaan dan menjaga Hajaral Aswad yang sentiasa menjadi rebutan untuk dicium. Antara sudut kiri itu (Hajaral aswad) dan sehingga bahagian hujung kanan pintu kaabah adalah kawasan yang dikenali sebagai Multazam. Antara kawasan yang digazetkan oleh Allah sebagai tempat paling mustajab untuk berdoa, Insya Allah. Cara berdoa juga agak istimewa iaitu jika dapat melekapkan badan tangan dan pipi, saksikanlah bagaimana bersemangatnya mereka untuk mendekatkan diri sehampir mungkin,kalau boleh dapat menyentuh, seraya berdoa.


Anda nampak lelaki beserban yang sedang berdiri itu. Dia sedang berada di atas satu binaan rendah ditepi kaabah dan menyandar kedinding kaabah sambil berensot-ensot ke kiri sehingga ke bahagian penjuru di hajaral aswad. Ia suatu cara untuk beratur bergilir untuk mencium hajaral aswad. Namun bukan mudah kerana terdapat ramai lagi pada barisan atau tak mengikut barisan dari arah-arah yang lain. Semoga dia telah berjaya. Upss! Lupa nak dimaklumkan bahawa mereka yang berbadan besar tak digalakkan menggunakan cara Bro kita tu.


Yang di bawah ini, lubang idaman setiap yang mengetahui kelebihannya. ........... siasatlah dulu???? Tak dapat bagi tahu saya,ok. Jangan marahhh

0 Komen:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP