Tuesday, September 15, 2009

Riba Mengikut Perpekstif Barat. [ Ingat!Yahudi Pun Dilarang Buat RIBA ]

Melihat kepada keadaan suasana ekonomi dunia barat samada daripada sebelah Amerika Syarikat atau Eropah, tiada isu Riba timbul.  Sistem kapitalis barat sendiri bertunjangkan sistem ekonomi yang berteraskan Riba (dalam bentuk faedah). Tiada hukum haram dan berdosa bagi mereka dalam amalan Riba. 

Dalam sistem ekonomi konvensional, Riba (Faedah/bunga) memainkan peranan yang amat besar dan ia wujud dalam kedua-dua peringkat ekonomi sama ada di peringkat mikro mahupun makro. Ia bukan sahaja berperanan penting dalam mekanisme harga yang menentukan tabungan dan pelaburan tetapi juga digunakan oleh kerajaan sebagai satu alat dalam mengawal dan mempengaruhi ekonomi negara.



Sebenarnya, sejarah membuktikan bahawa terdapat pengharaman Riba bagi masyarakat Barat yang berbangsa Yahudi atau daripada golongan kristian.  Agama Yahudi sendiri telah menyebut dalam Taurat yang ertinya ”Apabila saudaramu memerlukan sesuatu (bantuan) maka dukunglah, dan jangan mengenakan atasnya faedah atau manfaat! (Sifrul-Khuruj 24:22) 

Dalam Injil Lukas pula disebut yang ertinya ”Berbuatlah kebajikan, pinjamilah orang tanpa mengharapkan balasan, kelak pahalanya buat kamu besar sekali! (Lukas 6: 24-25).


Namun kita-kitab ini telah dinodai dengan diubah dipinda (oleh manusia zalim) iaitu perkataan ’saudaramu’ pada (perjanjian lama) Taurat dikhususkan kepada bangsa Yahudi sahaja.


Mereka juga kemudiannya menggubal undang-undang baru dalam Sifrut-tasniyah 19:23 dengan ungkapan lain iaitu: Buat orang asing, engkau meminjamkan mereka dengan riba, akan tetapi untuk saudaramu (Yahudi) jangan engkau meminjamkan dengan Riba.  

0 Komen:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP