Friday, October 2, 2009

Kaki Seks Atau Seks Kaki


Majoriti umat Islam jika tidak kesemuanya, mengetahui batasan aurat wanita. Umat Islam yang beriman akan akur dan menerima ketetapan hukum batasan aurat wanita biarpun sebahagian merasa tidak mampu untuk memahami hikmah dan rahsia kepada ketetapan hukum.

 

Penutupan aurat adalah wajib dan tiada siapa dari kalangan ulama yang menafikannya. Cuma terdapat perbezaan pandangan fuqaha pada bahagian tertentu tubuh wanita. Pandangan paling ketat ialah tubuh wanita adalah aurat tanpa pengecualian. Pandangan ini tidak popular.

 

Majoriti Ulama berpendapat batasan aurat wanita adalah semuanya melainkan muka dan tapak tangan. Disamping itu (saya ada terbaca) mungkin ada segelintir berpandangan bahawa tapak kaki dan sebahagian daripada lengan pun dikecualikan.

 

Sejelas kristal bahawa semua bahagian lain tubuh wanita adalah secara consensus atau ittifak atau disepakati sebagai aurat, dan pastinya termasuk juga rambut.  

 

Cuma kini terdapat sekelompok kecil yang jauh dari kelayakan mufasir cuba memberi pentafsiran baru untuk memaksudkan bahawa “rambut wanita” bukan aurat. Mereka adalah ‘tersesat’ dalam hal ini.



Isu kaki wanita? 

 

Justeru, adalah jelas bahawa kaki wanita adalah aurat (kecuali pada bahagian tapak, ada pandangan berbeza). Itulah ketetapan agama yang diterima.

 

Namun sebagai manusia biasa, kadangkala ada yang tertanya-tanya, Kenapa ekk? Kaki - stim ke tengok kaki wanita???

 

Manusia bernama lelaki lumrahnya tergoda dan teransang apabila memandang kepada wajah yang cantik, bahagian dada yang lebih tertimbul atau pada punggung yang leboh tertonjol …. TAPI TERANSANG MELIHAT KAKI WANITA. come on? Takan sadis atau teruk sangat lelaki jenis ni. Namun inilah hakikatnya…

 

Harian Metro Jumaat, 02 Oktober 2009
Soalan diajukan kepada DOKTOR SAKIT TUAN, Dr.Ismail Thamby


SOALAN

SAYA berusia awal 20-an dan sangat mudah terangsang apabila melihat kaki wanita, lebih-lebih lagi yang cantik dan gebu.




Saya mengalami perasaan ini sejak sebelum akil baligh lagi. Namun saya tetap terangsang dengan alat sulit wanita yang lain. Adakah ini perkara ganjil atau kelebihan buat saya?

WAN
Gombak, Selangor


JAWAPAN

Syukur, anda mempunyai minat kepada perempuan dan anda mudah terangsang dengan kaki perempuan. Jadi, daripada aspek tubuh badan wanita yang sangat mengghairahkan anda, anda memilih kaki wanita yang gebu dan cantik, maka anda dikategorikan sebagai ‘leg man’.



Untuk lelaki lain yang sangat teruja dengan payudara, mereka digelar ‘breast man’ dan lelaki yang teruja dengan punggung perempuan digelar ‘buttocks man’.


Ada situasi yang mana lelaki itu hanya dapat klimaks dengan menyentuh kaki perempuan dan mereka dikatakan mengalami ‘fetishes’ kepada kaki perempuan.

Maksud saya, lelaki itu dapat mencapai ereksi dan klimaks apabila menyentuh dan meraba kaki perempuan. Anda pula hanya teruja dengan melihat kaki perempuan. Itu bukan ganjil dan ia pilihan sanubari anda daripada aspek perasaan syahwat anda.

 

Biarpun gelihati, ia tetap realiti. Rupa-rupanya ada si mamat poyo yang ransangan seksnya tertumpu pada kaki wanita. Entah-entah banyak lagi lelaki luar sana yang mempunyai selera syahwat yang sama. 

 

Apa yang pasti, 1 hikmah (aurat di kaki) telah dibuktikan...



Untuk detail,  ilmu agama tentang aurat. Komen saya, bagus. Klik:   

http://www.zaharuddin.net/content/view/288/95/

http://myais.fsktm.um.edu.my/7652/1/Aurat_WanitaKonsep_dan_Hukum_Mengenainya.pdf



  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP